Laman Utama
SEKAPUR SIREH DARI PENGETUA SMK MAMBAU
En. Abd. Halim bin Md. Yunus
Pengetua SMK Mambau
Assalammualaikum w.b.t diucapkan kepada semua warga SMK Mambau.
Tahniah diucapkan kepada PSS SMK Mambau atas daya usaha dan kreativiti dalam menyiapkan blog Pusat Sumber Sekolah ini.
Dalam mengharungi arus globalisasi ini, para pelajar seharusnya bersaing dan mencipta kejayaan dengan semua peluang dan ruang yang ada di sekolah ini sama ada untuk mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik kokurikulum atau sahsiah serta kepimpinan diri. Tidak ada sebab untuk pelajar ketinggalan dalam mengejar arus kemajuan di dunia ini kerana kita telah diberikan semua kemudahan dan kelengkapan sama seperti individu lain di dunia ini. Tepuk dada, Tanya selera. Jangan sering mencari alasan tetapi adalah lebih baik berusaha untuk membangunkan potensi diri agar dapat memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara selain membentuk kejayaan peribadi.
Oleh itu nasihat saya, libatkanlah diri dalam apa-apa jua aktiviti yang dijalankan di sekolah ini agar akan lahir pelajar-pelajar yang hebat bukan sahaja di dalam bilik darjah, di padang hatta di mana-mana sekalipun.
“SEKOLAH PENJANA GENERASI TERBILANG”




