PSS SMK Mambau mengucapkan selamat datang kepada sekolah-sekolah yang sudi ke SMK Mambau untuk lawatan sambil belajar..sekolah-sekolah berikut adalah Sekolah Menengah Serting Hilir Kompleks, Negeri Sembilan..SM Carnosa Convent, Malacca..semoga kehadiran anda ke SMK Mambau ini memberikan seribu satu kenangan manis yang dapat dikongsi bersama…

 

 

Assalammualaikum WBT..Salam Sejahtera…Salam 1 Malaysia…pada 21 Mei yang lepas telah diadakan LDP membina blog kepada semua guru-guru SMK Mambau. LDP ini dijalankan dalam 2 sesi. Sesi pertama khusus untuk guru-guru bidang bahasa dan kemanusiaan. Sesi kedua pula untuk guru-guru Sains & Matematik serta Teknik & Vokasional. LDP ini disampaikan oleh GPB SMK Mambau, En. Chia Sen Chun di Makmal Komputer. Di antara pengisian LDP ini, guru-guru diajar mendaftar alamat email, memulakan laman blog di blogspot dan bagaimana untuk menghantar “post” di blog, menukar background, membuat link dan sebagainya. LDP ini turut dihadiri oleh semua pentadbir SMK Mambau! Tahniah! Warga SMK Mambau maju setapak lagi dalam dunia siber!

This slideshow requires JavaScript.

Salam…salam sejahtera…salam 1 Malaysia..bertemu kembali di blog PSS SMK Mambau…terdapat pelbagai buku-buku menarik dan terkini yang boleh di pinjam oleh semua warga SMK Mambau! Di antaranya adalah buku yang paling laris di pasaran sekarang karya mantan Perdana Menteri Malaysia – Tun Dr. Mahathir Mohamad berjudul A Doctor in the House – A memoir of Tun Dr. Mahathir dan juga hasil karya Muhammad Alexander berjudul Armageddon 2012….dapatkan segera di perpustakaan!!

Selain daripada itu terdapat juga novel-novel terkini terbitan Prima, Alaf 21 dan Dewan Bahasa dan Pustaka…khas untuk semua warga SMK Mambau! – IMPROVE YOUR IMAGE..BE SEEN WITH A BOOK!

Assalammualaikum WBT..Salam Sejahtera..Salam 1 Malaysia..pada hari ini telah berlangsung Majlis Penutup Karnival Bahasa dan PSS yang telah diadakan selama satu bulan bermula 30 April…hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMK Mambau, En. Abd Halim bin Md. Yunus dan PK HEM, YM Tengku Adnan bin Raja Daud. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

This slideshow requires JavaScript.

Assalammualaikum WBT..Salam Sejahtera…Salam 1 Malaysia..pada minggu lepas, pelajar-pelajar tingkatan 3 Gemilang telah mendapat tugasan untuk projek Sains mereka iaitu dengan membina BBM bagi topik Reproduction in Flowering Plant. Pelajar – pelajar ini telah berjaya menjana pelbagai idea kreatif dan menarik sewakt membuat tugasan mereka di dalam jangkamasa satu minggu sahaja. Piawaian yang tinggi diletakkan oleh guru memberi peluang kepada para pelajar untuk menjana idea melalui sesi brainstorming. Presentation selama 5 minit juga amat mengagumkan. Syabas kepada pelajar-pelajar 3 Gemilang!

This slideshow requires JavaScript.

Automasi PSS SMK Mambau

Posted: May 3, 2011 in Uncategorized

Perpustakaan SMK Mambau akan mula menggunakan Sistem PSS Sentral yang dibangunkan oleh Bios One bagi proses pengautomasian semula perpustakaan. Sistem terkini yang sangat canggih ini diharap dapat memudahkan proses sirkulasi di perpustakaan SMK Mambau. Proses automasi secara besar-besaran ini akan mula dijalankan bermula pada cuti sekolah penggal kedua ini. Kerjasama dari semua pihak sangat dialu-alukan.

Karnival Bahasa dan PSS Tahun 2011

Posted: April 28, 2011 in 2011

This slideshow requires JavaScript.

Assalammualaikum dan selamat pagi…minggu ini merupakan minggu terakhir Karnival Bahasa dan PSS pada tahun ini. Karnival yang dijalankan selamat sebulan ini dijalankan dengan meriah sekali. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dijalankan oleh bidang bahasa dan juga PSS. Antara program PSS yang dijalankan adalah pameran buku selama 2 hari, pertandingan teka muka surat buku, pertandingan ulasan buku, info hunt dan bengkel sayangi perpustakaan bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Aktiviti Galakan Membaca bersama Mahasiswa Fakulti Pengurusan Maklumat UITM Shah Alam dan Tayangan Filem amal bagi menaiktaraf kemudahan PSS di sekitar sekolah! Pihak PSS sangat berterima kasih atas sokongan dan kerjasama dari semua pihak dalam menjayakan Karnival ini. Jumpa lagi tahun depan!

This slideshow requires JavaScript.

Bengkel PSS Central

Posted: April 26, 2011 in 2011

Assalammualaikum WBT…Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.┬áPada hari ini,┬áSelasa 26 April 2011, pukul 12.00 tengahari bertempat di Perpustakaan Ibnu Sina SMK Mambau, akan diadakan Bengkel bagi PSS Central untuk guru-guru perpustakaan. PSS SMK Mambau telah membeli perkhidmatan ini untuk menaiktaraf sistem perpustakaan yang sedia ada.

Selamat Datang ke Blog PSS SMK Mambau!

Posted: April 25, 2011 in 2011

Assalammualaikum WBT..salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat semua..Alhamdulillah tercapai jua hasrat untuk memulakan blog untuk PSS SMK Mambau..kekangan masa membuatkan hasrat ini sering tertangguh…Insyaallah..PSS SMK Mambau akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki blog ini dari semasa ke semasa…diharapkan semua dapat memberikan sokongan….